DollahManis Familiku..
Sejarah
Allahyarham Abdullah bin Hatib atau nama sebenarnya Radin Abdullah, berasal dari Daerah Sedan, Jawa Tengah dan Chepu, Surabaya. Nama ayah beliau, Radin Hatib bin Radin Citrakasuma dan nama ibu beliau ialah Radin Sudiah bt Radin Yussof. Beliau lahir pada 12 November 1918 bersamaan Selasa 7 Safar 1337H.
Dari cerita-cerita yang diperolehi oleh anak-anak beliau, beliau mempunyai tiga orang isteri di Indonesia (bercerai hidup dan mati). Nama mereka ialah Sapiah, Zaiton bt Lasman dan isteri ketiga meninggal dunia. Mendapat anak lelaki daripada isteri kedua dan tiada keterangan diketahui sama ada mempunyai anak daripada perkahwinan-perkahwinan pertama dan ketiga. Tiada maklumat jelas mengenai dengan bilangan adik-beradik beliau. Yang pernah disebut hanyalah Radin Aisah, suaminya yang bernama Maskor Sabawi beralamat di Tabangbulita Satu, Surabaya, Jawa Timur. Abang beliau yang bernama Radin Hj Ibrahim (diketahui telah meninggal dunia) telah berhijrah ke Kilanas, Muar, Johor dan nama isteri beliau ialah Norsiah Lamit. Seorang lagi adik beliau yang bernama Hadiah, telah mengutus surat kepada beliau pada 20 Januari 1956. Selain nama-nama yang disebut tadi, beliau juga pernah menyebut nama-nama berikut: Subarjo, kawan rapat, Jurusan Kementerian, Kebun Sirih, Jakarta Timur. Anak Kemanakan sepupu: Mustapha Laman, Jakarta. Kakak sepupu: Sharifah dan suami beliau, Suud.
Beliau difahamkan telah berhijrah daripada Indonesia pada tahun 1942 ke Semenanjung Tanah Melayu. Dari Semenanjung Tanah Melayu beliau ke Singapura dan dari sana beliau berkhidmat dengan pemerintahan Jepun sebagai tukang masak. Beliau dibawa oleh pemerintahan Jepun ke Sarawak dan meneruskan pekerjaan beliau di sana. Penjodohan beliau dengan isteri beliau yang keempat adalah diatur oleh kedua orang tua isteri beliau, arwah nenek Pg Abas (ayah tiri) dan Dy Tengah dan juga keluarga angkat ibu kepada arwah Hj Trokie iaitu yang dikenali sebagai Nek Long. Arwah bapa ketika itu juga terkenal sebagai pengajar membaca Al-Quran.
Sebelum arwah bapa berkerja dengan SHELL, arwah bapa berkerja dengan keluarga Inggeris sebagai Groundsman dan arwah mama sebagai housekeeper kepada keluarga yang sama. Arwah bapa bersama keluarga beliau kemudian telah berpindah ke Seria, Brunei dan berkerja dengan Brunei Shell Petroleum Company Limited (BSP). Berumah di kawasan yang digelar ‘los katun’, berjirankan arwah Macik Mbom isteri kepada arwah Pacik Arbie. Beliau mempunyai ramai kenalan yang sebangsa dengan beliau yang mencari nafkah sebagai tukang gunting dan pemandu teksi. Nama Sukaimi (ayah kepada Dato Sumadi) sering timbul dalam perbualan. Dari Seria dalam tahun 1955, keluarga ini berpindah ke Lutong dan arwah bapa menyambung pekerjaan beliau sebagai ‘fitter’ dengan Sarawak Shell Oilfield Limited yang kini dikenali sebagai Sarawak Shell Berhad. Beliau terlibat dalam pembangunan pekan Lutong dan Bandar Miri. Antara bangunan yang beliau terlibat membangun ialah Pasar Lutong, jambatan lama Lutong, pasar sayur lama Miri dan Masjid lama Lutong. Mula-mula menginap di ‘los tulang’ kepunyaan Syarikat Shell (digelar begitu sebab terdapat tulang askar Jepun dari perang Jepun di masa itu). Kemudian berpindah di rumah Shell beralamat 898A, Jalan Pasar Lutong, di hadapan panggung Lutong.
Beliau aktif dalam kerja-kerja keagamaan dan adalah ahli jawatankuasa Masjid Lutong. Mempunyai bakat dalam ukiran tangan, beliau telah membuat pintu gerbang batu untuk pintu Masjid Lutong. Beliau terkenal sebagai guru mengaji Al-Qur’an baik di Masjid mahupun di rumah sendiri. Beliau pernah menjadi johan dalam ujian tilawah di Miri. Beliau digelar dengan nama ‘Wak Dol’ dan agak terkenal di kalangan masyarakat Lutong dan Miri. Beliau sering dijemput untuk membaca Al-Qur’an dan berzanji di Masjid Miri dan tempat-tempat sambutan keagamaan. Selain guru Al-Quran, beliau sering dipanggil oleh masyarakat di Lutong untuk menawari kanak-kanak yang sering menangis, kurang keinginan untuk belajar dan seumpamanya.
Selain aktif dalam kerja-kerja masjid, beliau juga ahli jawatankuasa Persatuan Masyarakat Indonesia. Beliau sering menghasilkan lambang negara Indonesia ‘Boneka Tunggal Ika’ daripada besi dan zinc untuk persatuan ini. Ketika itu terdapat ramai ahli-ahli masyarakat Indonesia yang bermastautin di Lutong dan berkhidmat dengan Shell Lutong. Di antara teman-teman yang diketahui ialah Drisno, Superman (Perlan), Lamidi, Paiman, Siran, Amir, Said dan banyak lagi.
Pada tahun 1968, beliau berhenti berkhidmat untuk Syarikat Shell Lutong. Keluarga ini berpindah dari perumahan Shell ke sebuah rumah yang dibeli di tapak TOL beralamat 504, Jalan Pujut/Lutong. Beliau kemudian berkerja untuk kontraktor yang membuat kerja-kerja untuk Syarikat Shell. Beliau menumpukan masa untuk memberi khidmat kepada kerja-kerja amal di Masjid Lutong di sebelah malam dan kemudiannya beliau dilantik oleh jawatankuasa masjid sebagai Bilal dan mendapat pendapatan secara saguhati sahaja. Di akhir-akhir hayat beliau, beliau banyak menumpukan perhatian beliau kepada masyarakat setempat dalam memberikan khidmat pembacaan tahlil, doa dan sebagainya.
Beliau dan keluarga beliau adalah rakyat Malaysia setelah keluar daripada status ‘British Protected Person’ pada Kemerdekaan tahun 1963 (Sarawak).
Beliau tidak pernah menziarahi negeri asal beliau sejak berhijrah. Beliau meninggal dunia di rumah beliau 504, Jalan Pujut/Lutong pada malam 27 Muharam 1403H bersamaan14 November 1982M. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala mencucuri rahmat kepada roh beliau, Amiin.
Allahyarhammah Mahani binti Awang Besar, isteri kepada Allahyarham Abdullah bin Hatib, lahir pada tahun 1930 (1351M), di suatu tempat yang dinamakan Padang Kerbau di Pujut, Miri. Ayah beliau ialah Awg Besar bin Awg Samad dan ibu, Dyg Tengah binti Sapar berasal dari Labuan. Beliau dikenali sebagai ‘Manis’ di sepanjang hayat beliau dan tidak mempunyai sebarang pendidikan di sekolah. Mempunyai dua orang abang (seorang bernama Awg Jinal), dua orang kakak (Hjh Manauyah dan Hjh Kamisah) dan seorang adik perempuan (yang digelar ‘Bungsu’). Walau bagaimanapun maklumat mengenai adik beradik beliau tidaklah diketahui dengan betul. Daripada cerita yang disampaikan kepada anak beliau yang kedua (Norjanah), mama Manis ini terdiri daripada berbalasan adik beradik malahan ada yang kembar tetapi tidak panjang umur ketika peperangan Jepun. Ibu kepada mama Manis iaitu Nenek Dyg Tengah berkahwin dengan suami kedua, Pengiran Abas dan melahirkan anak lelaki, Awg Abd Rahman saudara terakhir dari generasi Manis. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 1 April 2008.
Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai latar belakang asal usul arwah mama. Kehidupan lampau beliau banyak mengesahkan pengalaman beliau semasa kedatangan Jepun di Sarawak. Pada awal keremajaan beliau, beliau telah dikahwinkan dengan Awg Pawi yang berasal dari Pujut, Miri dan mereka mendapat seorang anak perempuan. Beliau kemudian bercerai dan dikahwinkan dengan arwah bapa. Anak mama bersama beliau yang bernama Rosni dipelihara oleh arwah bapa.
Setelah bermastautin di Sarawak, beliau sering menziarahi saudara mara beliau di Brunei terutama sekali abang beliau iaitu arwah Jinal dan kakak beliau Hjh Manauyah. Beliau juga menziarahi kakak beliau Hjh Kamisah di Sabah beberapa kali. Diketahui juga bahawa beliau mempunyai bapa saudara di Tutong iaitu arwah Yahya, adik beradik kepada arwah nenek beliau, Awg Samad. Anak-anak kepada bapa saudara beliau ini juga dikenali sebagai Sidik bin Yahya dan Normah binti Yahya. Saudara-saudara yang lain adalah seperti arwah Babu Timah, isteri kepada arwah Hj Ghani, Tutong, Arwah Hj Ladis, Kg Pandan Belait dan banyak lagi yang nama-nama mereka tidak dapat dikesan.
Kebaktian beliau dalam keluarga amatlah besar terutamanya dalam membantu mendapatkan rezeki harian seperti berjualan makanan seperti kuih-muih dan ikan panggang. Tiada kata-kata yang dapat menilai budi dan kasih sayang seorang ibu kepada keluarganya. Begitulah arwah mama Manis.
Arwah mama Manis meninggal dunia di rumah beliau 504, Jalan Pujut/Lutong pada pagi 28 Jamadilawal 1413H bersamaan 23 November 1992M. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala mencucuri rahmat kepada roh beliau, Amiin.
Generasi DollahManis
Generasi pertama DollahManis terdiri daripada lapan orang adik beradik. Yang pertama diberi nama Hanafiah, telah meninggal dunia ketika lahir. Anak kedua ialah Norjanah, ketiga Hjh Amnah, keempat Hjh Jamilah, kelima Rabiah, keenam Amir, ketujuh Moryati dan yang kelapan, Radin Zukarnain. Arwah Rosni iaitu anak kepada mama Manis bersama suami beliau yang pertama tadi adalah juga dianggap sebagai anak sulung dalam keluarga. Keluarga ini juga telah memelihara cucu kepada arwah mama Manis, anak kepada arwah Rosni yang bernama Shahri, sejak lahir hinggalah beliau berumur 12 tahun untuk menyambung persekolahan di Brunei.
Anak yang pertama, Hanafiah, meninggal dunia semasa lahir. Dikebumikan di Perkuburan Orang Islam, Krokop.
Anak yang kedua Norjanah, lahir pada 8 Disember 1951, bekas seorang Guru Besar dan telah bersara pada 2007. Suami beliau ialah Akbar Jahan bin Amir Hamzah berkhidmat di Bintulu Port Authority, Bintulu Sarawak. Mereka mempunyai empat orang anak, dua daripadanya ialah kembar. Beliau menetap di Bintulu, Sarawak sejak Januari 1984. Anak Norjanah yang sulung ialah Anita Sukasih, lahir pada tahun 1975. Beliau adalah seorang pendidik di sekolah montessori di Bintulu. Rumahtangga beliau terdiri daripada suami dan empat orang anak (1 anak asuh dan 3 anak tiri).
Kembar Arman Ahmadi dan Ardhi Armin masing-masing telah mendirikan rumahtangga. Lahir pada tahun 1977. Arman kini bertugas di Lembaga Hasil Dalam Negeri di Bintulu. Baru sahaja mendapat seorang cahaya mata pada 17 Oktober 2008. Ardhi bertugas di Syt Keselamatan di Kuching. Adik mereka yang bungsu, Aizuddin Sugara kini masih mengikuti pengajian tinggi di Universiti Malaysia Kuching.
Anak yang ketiga ialah Hjh Amnah. Lahir pada tahun 8 Februari 1953 dan menetap di Kg Manggis Satu, Jalan Muara. Bertugas sebagai setiuausaha di syarikat swasta setelah berkhidmat dengan kerajaan. Suami beliau bernama Hj Ibrahim bin Hj Abd Hamid, bekas seorang ahli tentera dan kini telah bersara. Mereka mempunyai empat orang anak. Yang sulung anak lelaki, arwah Abdul Rahman, telah meninggal dunia pada tahun 2001. Yang kedua juga seorang lelaki, bernama Mohd Aminuddin kini berkhidmat dengan Penerbangan Diraja Brunei. Sudah berumahtangga dan mempunyai tiga orang anak. Yang ketiga ialah seorang perempuan, Hartini dan kini berkhidmat sebagai pegawai pelajaran di Kementerian Pendidikan. Sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang anak. Yang bungsu, Hatib Sadikien kini mengikuti pengajian di Universiti Brunei Darussalam.
Anak yang keempat ialah Hjh Jamilah. Lahir pada 26 Mac 1954. Beliau akan menamatkan perkhidmatan dengan kerajaan pada tahun 2009 ini. Suami beliau, Hj Majit bin Hj Lamat telah bersara sebagai Juruteknik Kanan daripada Radio Televisyen Brunei dalam tahun 2005. Mereka mempunyai empat orang anak. Yang sulung bernama Hj Hairol Azmi berkhidmat di Penerbangan Diraja Brunei, yang kedua Faidhillah berkhidmat di Radio Televisyen Brunei, ketiga Azizul Asri, yang akan memulakan karier beliau selepas pengajian di UBD dan yang keempat Nurul Majidah, lepasan Tingkatan Enam kini mengikuti pengajian dalam komputer. Mereka menginap di Kg Tanjung Bunut, Jalan Tutong.
Anak yang kelima ialah Rabiah. Setelah tamat persekolahan di Sekolah Menengah Kerajaan Lutong, Sarawak dan memperolehi kelulusan Senior Cambridge Certificate dalam tahun 1972 beliau mendapat pekerjaan di Brunei sebagai Kerani Akaun Logistik di Askar Melayu Diraja Brunei secara tidak disengajakan. Beliau berada di Brunei setelah tamat persekolahan kerana membantu menjaga anak-anak saudara beliau yang baru kehilangan ibu mereka pada akhir tahun 1973. Rabiah terlepas peluang untuk mengikuti latihan Kesetiausahaan kelolaan MARA di Sabah kerana mengikut arahan orang tua untuk membantu saudara yang dalam kesusahan. Pada 1975 beliau kembali ke Miri, Sarawak dan berkerja pula di Syarikat Bas Suria Sdn Bhd sebagai Kerani Akaun. Berkahwin pada tahun 1978 dengan Mohd Jewa Marny bin Abdullah yang berasal dari Kg. Sg. Damit, Tutong dan memulakan hidup berumahtangga di Brunei. Beliau berkhidmat semula dengan Angkatan Tentera/Kementerian Pertahanan sebagai kerani awam pada tahun yang sama sehinggalah bellau menjawat jawatan Personal Assistant (PA) hingga ke hari ini. Beliau juga pernah bertugas di Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam di London pada tahun 1982 – 1984 sebagai Kerani Akaun ketika mengikuti suami beliau menjalani kursus di United Kingdom. Rabiah telah dianugerahkan dengan Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) dan PIngat Kerja Lama (PKL).
Suami beliau telah bersara pada tahun 1998 setelah berkhidmat 25 tahun dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Mendapat latihan di luar negeri seperti Hong Kong, Singapura, United Kingdom dan Perancis, beliau adalah anak Brunei pertama yang menyandang kelulusan Instruments Aritificer dalam Angkatan Bersenjata dan jawatan yang terakhir beliau ialah Technician Instructor. Pada awal-awal tahun persaraan beliau mengusahakan bengkel repair kenderaan dan kemudian berkhidmat sebagai sales representative di sebuah syarikat. Sekarang beliau berehat dan membuat kerja-kerja persendirian. Mohd Jewa Marny telah dianugerahkan dengan Darjah Setia Negara Brunei (PSB), Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) dan Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (PKLPB).
Mereka mempunyai dua orang anak, Yazid Faliq dan Nur Khairunnisa. Yazid adalah dalam perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebagai seorang juruteknik avionik Aircraft dan Nur Khairunnisa sedang menunggu keputusan A Level. Mereka adalah penduduk di Perumahan Negara Lambak Kanan, Berakas beralamat di No.25, Simpang 18-25, Jalan 64.
Anak yang keenam ialah Amir. Nama isteri beliau ialah Norhadiah binti Hj Suhaili berasal dari Sarikei, Sarawak. Selepas habis sekolah (Tingkatan 5) Amir berkerja buruh kasar (di Lutong), kemudian guru sandaran pada tahun 1974 & 1975. Pada 1 December 1975 bertugas sebagai “Immigration Examiner” di Jabatan Imigeresen Malaysia. Pada 1978 beliau hendak di’transfer’ ke pos kawalan Serikin (sempadan Sarawak/Kalimantan), tapi beliau menolak kerana arwah mama dan arwah bapa kurang sihat ketika itu dan kebetulan ditawarkan berkerja dengan Sarawak Shell Berhad. Memulakan kariernya di Shell pada 1 Julai 1978. Pada tahun 1993 dipindahkan ke Bintulu kerana kenaikan pangkat. Pada 1999 Amir mengambil pakej ‘early retirement’ dari Shell. Beliau seterusnya menyertai Tentera sebagai pegawai latih di Kem Wataniah di Sibu. Sejak tahun 1991 beliau telah menyertai Askar Wataniah (sukarela – part-time). Kerana umur, beliau bersara dari tentera. Beliau seterusnya berkhidmat secara kontrak dengan beberapa syarikat yang beroperasi di Malaysia LNG sebagai ‘Materials Controller’. Isterinya pula adalah ‘home-based business woman’. Isteri beliau berniaga emas secara rumah ke rumah (lebih 13 tahun sudah perniagaan); juga menjual kek, biskut, kain dan perkakas-perkakas dapur. Akhir-akhir ini menjadi babysitter. Pernah mengikuti banyak Multi-Level Marketing. Mereka mempunyai empat orang anak lelaki, Adi Herman, Ariffin, Alifh Omar dan Mohd Muslim. Adi Herman (sudah berkahwin) dan Ariffin (bujang) secara kebetulan bertugas di Lembaga Hasil Dalam Negeri (dulu terkenal sabagai Inland Revenue Department – IRD). Juga di Jabatan yang sama ialah sepupu mereka Arman (anak Norjanah). Alifh Omar (bujang) pula bertugas sebagai Jurutera Petroliam di syarikat antarabangsa “Geoservices”. Yang bongsu, Mohamad Muslim sedang menunggu keputusan Tingkatan 5 (0 Level 2008). Mereka tinggal di 139 Taman Yan Min, Bintulu. Adi Herman dan Isterinya (Dayang Yuselmiza Awang Yusuf) tinggal di ‘flat’ Universiti Putra Malaysia (tempat isterinya berkerja).
Anak yang ketujuh ialah Moryati, lahir setelah Amir berusia 13 tahun. Moryati kini berada di Brunei dan menetap di rumah Rabiah. Beliau belum berumahtangga. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kerajaan Lutong pada tahun 1975 hingga 1980 dan menamatkan persekolah Tingkatan Enam di Kolej Datu Tuanku Haji Bujang, Miri pada tahun 1986. Beliau kemudiannya menghadiri pengajian Diploma in Business Studies di ITM Kuching pada tahun 1987. Beliau pernah bertugas sebagai Product Adviser di Si An China Silk House, Miri pada tahun 1991 - 1992, Senior Supervisor di Tiong Hin Superstore Brunei 1989 – 1991 dan 1994 - 2002, dan sekarang sebagai Sales Executive di Coleta Trading Co. di Brunei sejak tahun 2003.
Anak yang kelapan ialah Radin Zukarnain. Mendapat pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Kerajaan Lutong, beliau pernah berkerja untuk sebuah kontraktor kepada Materials Department, Sarawak Shell Berhad. Zukarnain adalah anak yang tinggal menetap di rumah peninggalan kedua orang tua bersama isteri dan tiga orang anak beliau di 504, Batu 6½, Jalan Pujut/Lutong, Lutong. Anak yang sulung, Radin Iskandar berumur 15 tahun, yang kedua Radin Rahmahanis, 8 tahun dan yang ketiga, Radin Abdul Qawi berumur 5 tahun. Zukarnain tidak berkerja tetapi mencari pendapatan sendiri dengan menangkap ikan dan memberi khidmat memotong rumput dari rumah ke rumah.

1 comments:
salah ejaan~ "Khatib Sadikien" hehee
Post a Comment